SEMAKIN ramai suka menghias rumah dengan pokok
hiasan segar. Ini tabiat yang baik kerana aktiviti menanam pokok bukan
saja mampu menghilangkan tekanan, malah ia juga dapat menyemai rasa
cinta kepada alam sekitar.
Sebagai
permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan
hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan
cepat membesar.
Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:
Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar;
Pastikan ada banyak tunas baru;
Periksa
tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering
hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu
lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun
disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal;
Periksa adakah akarnya tertanam sempurna;
Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polibeg;
Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polibeg ke dalam pasu;
Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar;
Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah ;
Kemudian
masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang
lebih kecil mengelilinginya. Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada
bahagian akar;
Tambah tanah hingga penuh atau
sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram
-perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah;
Jangan
lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi
rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar
dan masukkan pasu asal di dalamnya; dan
Jika mahu
menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan
kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun
hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup
sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga
perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baru.
No comments:
Post a Comment