MEMILIKI kediaman dengan laman yang sempit atau terhad sebenarnya
tidak membataskan kerja menghias. Jika ada kreativiti, ruang yang sempit
dapat dihiasi sesuai konsep dikehendaki pemilik kediaman.
Meletakkan landskap kejur di ruang terhad juga perlu diberikan
perhatian. Antara landskap kejur yang biasa digunakan adalah pancuran
air dan kolam mini buatan.
Jika mahu menampilkan kelainan, cuba letakkan anak sungai buatan di
laman yang dibina menggunakan konkrit. Bagi memudahkan kerja membina
anak sungai buatan, lantik saja kontraktor landskap.
Namun, jika mahu mencuba sendiri membina anak sungai buatan, gunakan
kreativiti supaya apa yang dihasilkan nampak semula jadi dan hidup.
Penentuan lokasi perlu sesuai dan mengambil kira arah aliran air,
cahaya matahari dan kesesuaian tanah. Punca air juga perlu di ambil
kira.
Sebelum membina aliran air berkenaan, tentukan dulu kawasan dan
lokasinya. Selepas itu, lakarkan bentuk landskap yang bakal dibina
sebagai panduan.
Kemudian, kerja membina anak sungai boleh diteruskan dengan
membersihkan dulu kawasan laman termasuk membuang batu, akar kayu dan
benda asing dalam tanah. Selepas itu korek tanah seperti bentuk parit
sebelum kerja menyimen dilakukan bagi membina aliran anak sungai.
Seeloknya bina satu kolam yang sedikit dalam untuk meletakkan pam air.
Selepas kerja membina anak sungai konkrit siap, tiba masa meletakkan
landskap lembut untuk menghidupkan suasana. Selain batu granit, sungai
dan kerikil diletakkan di kiri kanan aliran air, tanam pokok yang tahan
dengan kawasan lembap seperti iris, pandan, spesies caladium dan
calathea.
Beberapa spesies paku pakis yang juga boleh ditanam berhampiran
aliran air yang sesuai untuk mencantikkan lagi anak sungai buatan
berkenaan.
Tumbuhan juga sesuai ditanam dalam kolam seperti Cyperus papyrus ,
cat tail atau ekor kucing dan keladi bunting bagi menyerlahkan lagi anak
sungai berkenaan.
Apa yang penting, pastikan aliran dan pam air yang digunakan
berfungsi dengan baik. Pastikan air sentiasa mengalir menyerupai sungai
sebenarnya.
Bagi menutup kecacatan aliran air, letakkan batu sungai dan kerikil
manakala batu granit disusun selerak dan bertingkat bagi menampakkan
suasana seakan benar-benar dan semula jadi.
Di dalam kolam diletakkan pasir yang antara lain dapat berfungsi
menjadi penuras air supaya air sentiasa jernih. Bagi mencantikkan lagi
kolam, letakkan anak ikan seperti ikan emas dan koi.
FAKTA: Batu untuk anak sungai buatan
# Selain membeli batu sungai dan kerikil daripada kedai landskap,
anda boleh mengutip batu di sungai atau tepi jalan. Sebelum dijadikan
hiasan replika anak sungai, basuh dulu batu dengan air biasa atau sabun.
Tidak perlu gosok batu terlalu kuat cukup sekadar mengelap saja.
# Bahagikan batu kepada tiga kelompok batu utama iaitu igneus, batu mendapan dan metamorfosis. Batu Igneus
tidak mempunyai banyak lapisan atau tidak bertekstur dan biasanya
berwarna putih, hitam dan kelabu. Batu mendapan pula berlapis kasar dan
berwarna coklat keperangan manakala metamorfosis berwarna lebih cerah
dan lapisan nipis.
# Kaedah Simenferro, sejenis struktur binaan yang terdiri daripada
campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai
keluli boleh digunakan bagi membentuk replika anak sungai.
# Simenferro - Mudah dibentuk, tahan jika terdedah kepada hujan dan
panas, kukuh dan mudah dibaiki, tidak memerlukan teknologi tinggi dan
kos penyelenggaraan rendah
# Simenferro banyak digunakan untuk pembinaan perumahan/pembangunan
seperti dinding dan atap, kolam ikan dan pintu kawalan air. Dalam
landskap ia banyak digunakan bagi pembinaan hiasan seperti cendawan,
batu tiruan dan kerusi meja.
Wednesday, 4 April 2012
TIPS PENJAGAAN TAMAN LANSKAP
RAMAI yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran
atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik
yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok
mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua.
Ada beberapa tip penjagaan landskap yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan laman terus cantik dan kekal lama.
Perkara utama dalam penjagaan landskap adalah penyiraman pokok yang
perlu dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi diserap tisu
tumbuhan.
Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air
diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air
untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan
pokok.
Justeru, tentukan jenis pokok yang ditanam, kerana sesetengah pokok
memerlukan sedikit air manakala ada yang memerlukan air dengan banyak.
Contohnya pokok Bougainvillea spp. (bunga kertas) tidak memerlukan air
yang banyak.
Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan
cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang
diperlukan.
Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air
yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih.
Dalam keadaan cuaca yang panas terik, lebih banyak air diperlukan. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan lebat.
Secara umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang
sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum
jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman
kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
Satu lagi aspek yang penting untuk menjaga laman adalah pemangkasan
pokok. Pemangkasan menyebabkan tekanan kepada pokok, jadi jangan pangkas
jika tidak ada tujuan spesifik atau tanpa idea kesannya.
Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
Pemangkasan yang betul boleh mencantikkan pokok dan jika tersalah
potong menyebabkan pokok hilang kecantikan, bentuk atau akan rosak.
Memotong dahan yang mati atau cedera serta membuang tunas air juga
termasuk dalam kerja pemangkasan untuk kesuburan pokok.
Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh
mencantikkan rupa bentuk pokok itu. Memotong bahagian pokok yang
menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan
pengguna atau penghuni. Pemangkasan dapat menggalakkan pertumbuhan tunas
baru dan menambah baik kualiti dan kuantiti bunga.
Untuk menjalankan kerja pemangkasan, peralatan khas seperti gergaji
atau gunting pokok yang tajam hendaklah digunakan. Pemilihan peralatan
yang betul sangat penting untuk menentukan kerja pemotongan dibuat
dengan sempurna. Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan
bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit
terserkah.
Aspek seterusnya adalah pembajaan. Baja penting untuk tumbesaran
pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok
akan tumbuh dengan lebih subur.
Namun, sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati.
Kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur
bukannya bermakna pokok perlukan baja lebih. Maka, kadar baja yang betul
amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan
tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat.
Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik.
Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap
dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan
daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah
dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.
Ada pelbagai jenis dan jenama yang terdapat di pasaran. Secara
umumnya, kadar baja dan masa pembajaan adalah lebih kritikal dari jenis
baja yang akan digunakan.
INFO: Tip penjagaan laman
# Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah
# Siraman - Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya
sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk
siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
# Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa
idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk
pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
# Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap
bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih
subur.
SPIDER LILY
BUNGANYA cantik berwarna putih dengan lima kelopak, tidak ubah
seperti labah-labah putih hinggap di celah dahan pepohon. Tidak
hairanlah, kehadirannya pasti menarik tumpuan mata tetamu yang
berkunjung di laman kediaman.
Inilah tarikan bunga Bakung atau lebih dikenali sebagai ‘spider lily’ atau nama saintifiknya Hymenocallis littoralis daripada keluarga Amaryllidaceae.
Pokok ini banyak dijumpai di kawasan tropika dan sub tropika, termasuk di Malaysia dan ada kira-kira 50 spesies pokok ini di dunia.
Pokok bebawang yang menjadi herba sejak berkurun lamanya ini mempunyai bunga unik kerana ada lingkaran di tengah-tengah (corona) yang jarang ditemui pada spesies sama.
Hymenocallis bermaksud ‘membran cantik’ dalam bahasa Greek, merujuk kepada lingkaran di tengah bunga berkenaan yang bersambung dengan tangkai bunga yang mengeluarkan debunga yang dikategorikan sebagai tanaman menakjubkan.
Spider lily atau bakung lebih sesuai untuk menghiasi taman air atau tumbuhan hiasan dalam pasu. Walaupun dikenali sebagai lily labah-labah, amun bunga ini lebih kepada tumbuhan dafodil berbanding tumbuhan lili.
Pokok ini mudah di tanah tetapi memerlukan cuaca yang panas dan tanah sedikit lembap tetapi bukannya terendam di dalam air. Daunnya kekal berwarna hijau walaupun selepas bunganya gugur.
Menariknya, tumbuhan mudah hidup ini sukakan suhu bilik, lembap dan panas dan memerlukan masa tiga bulan untuk tidak berbunga yang dikenali sebagai tempoh berehat.
Oleh kerana tumbuhan ini sukakan keadaan yang lembap, ia memerlukan air yang banyak jika anda menyiramnya. Juga, jangan biarkan tanah di sekelilingnya kering kerana ini boleh menyebabkannya mati.
Bunga ini lazimnya mudah dikesan jika ia tidak subur kerana daunnya akan menjadi kering seakan terbakar. Bagaimanapun, ia lebih dikenali sebagai tumbuhan tahan lasak kerana bakung tidak mengalami masalah jangkitan penyakit atau serangan serangga.
Namun, siput, ulat bulu dan hama putih sering hinggap di pepohon ini tetapi tidak merosakkan tanaman. Satu lagi ciri menarik pada pokok ini kerana tidak perlu dipangkas seperti pepohon lain untuk menggalakkan pertumbuhan daun. Ringkasnya, bunga bakung ini tidak perlukan penyelenggaraan seperti tumbuhan laman lain yang perlu selalu dibersihkan.
Hymenocallis boleh membesar sehingga tiga kaki (0.91 meter) dan biasanya perlu dibaja sebulan sekali dengan baja seimbang dan biasanya tumbuhan ini dipilih sebagai tanaman pemisah sempadan atau ditanam berbaris di kiri kanan jalan masuk ke laman.
Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan menjadi herba merawat luka tetapi ia tidak boleh dimakan kerana dikatakan beracun.
Inilah tarikan bunga Bakung atau lebih dikenali sebagai ‘spider lily’ atau nama saintifiknya Hymenocallis littoralis daripada keluarga Amaryllidaceae.
Pokok ini banyak dijumpai di kawasan tropika dan sub tropika, termasuk di Malaysia dan ada kira-kira 50 spesies pokok ini di dunia.
Pokok bebawang yang menjadi herba sejak berkurun lamanya ini mempunyai bunga unik kerana ada lingkaran di tengah-tengah (corona) yang jarang ditemui pada spesies sama.
Hymenocallis bermaksud ‘membran cantik’ dalam bahasa Greek, merujuk kepada lingkaran di tengah bunga berkenaan yang bersambung dengan tangkai bunga yang mengeluarkan debunga yang dikategorikan sebagai tanaman menakjubkan.
Spider lily atau bakung lebih sesuai untuk menghiasi taman air atau tumbuhan hiasan dalam pasu. Walaupun dikenali sebagai lily labah-labah, amun bunga ini lebih kepada tumbuhan dafodil berbanding tumbuhan lili.
Pokok ini mudah di tanah tetapi memerlukan cuaca yang panas dan tanah sedikit lembap tetapi bukannya terendam di dalam air. Daunnya kekal berwarna hijau walaupun selepas bunganya gugur.
Menariknya, tumbuhan mudah hidup ini sukakan suhu bilik, lembap dan panas dan memerlukan masa tiga bulan untuk tidak berbunga yang dikenali sebagai tempoh berehat.
Oleh kerana tumbuhan ini sukakan keadaan yang lembap, ia memerlukan air yang banyak jika anda menyiramnya. Juga, jangan biarkan tanah di sekelilingnya kering kerana ini boleh menyebabkannya mati.
Bunga ini lazimnya mudah dikesan jika ia tidak subur kerana daunnya akan menjadi kering seakan terbakar. Bagaimanapun, ia lebih dikenali sebagai tumbuhan tahan lasak kerana bakung tidak mengalami masalah jangkitan penyakit atau serangan serangga.
Namun, siput, ulat bulu dan hama putih sering hinggap di pepohon ini tetapi tidak merosakkan tanaman. Satu lagi ciri menarik pada pokok ini kerana tidak perlu dipangkas seperti pepohon lain untuk menggalakkan pertumbuhan daun. Ringkasnya, bunga bakung ini tidak perlukan penyelenggaraan seperti tumbuhan laman lain yang perlu selalu dibersihkan.
Hymenocallis boleh membesar sehingga tiga kaki (0.91 meter) dan biasanya perlu dibaja sebulan sekali dengan baja seimbang dan biasanya tumbuhan ini dipilih sebagai tanaman pemisah sempadan atau ditanam berbaris di kiri kanan jalan masuk ke laman.
Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan menjadi herba merawat luka tetapi ia tidak boleh dimakan kerana dikatakan beracun.
Monday, 26 March 2012
TUNBUHAN SAKA
Tumbuhan
saka ialah tumbuhan
yang hidup lebih dari dua tahun.
Istilah ini digunakan bagi membezakan antara tumbuhan yang hidup semusim
dan dwimusim. Kadang-kala istilah ini disalah
anggap oleh sesetengah pekebun atau ahli hortikultur
merujuk sebagai khusus kepada tumbuhan
herba saka. Untuk lebih tepat, tumbuhan
berkayu seperti pokok renek dan pokok juga merupakan
tumbuhan saka.
Bagi negara beriklim
sederhana, pertumbuhan pokok saka berlaku pada musim bunga
dan musim panas.
Kemudian ia akan meluruhkan
dedaunnya pada musim luruh bersedia untuk ke musim sejuk.
Pada masa ini ia kekal dorman. Ia kemudian tumbuh kembali pada
musim bunga dan kitaran ini berlaku setiap tahun. Ini berlainan dengan pokok
saka di kawasan beriklim tropika yang mana ia kekal hidup
sepanjang tahun tanpa meluruhkan dedaun.
Simbol untuk tumbuhan saka
berdasarkan Species Plantarum oleh Linnaeus ialah ♃ (dalam astronomi ia juga
adalah simbol untuk planet Jupiter)
Kategori tumbuhan saka
Walaupun
begitu, tumbuhan saka boleh dipecahkan lagi kepada dua kategori dalamnya iaitu tumbuhan herba saka dan tumbuhan berkayu saka.
Tumbuhan herba saka
Tumbuhan herba saka mempunyai jangka hidup yang panjang di antara sepuluh hingga dua
puluh tahun, atau mungkin lebih lagi, bergantung kepada spesis dan keadaan. Ia
menghasilkan pertumbuhan baru setiap tahun, dan mengekalkan ketinggian dan ukur lilit maksimum semasa musim
pertumbuhan. Kemudian pada setiap hujung musim tersebut ia mati kembali di atas
tanah. Proses ini berulang setiap tahun dengan pertumbuhan pada awal musim seterusnya
(dan musim berikut lagi), dijana oleh pemakanan dari organ simpanan bawah
tanah. Antara contoh tumbuhan herba saka ialah:-
- Daisi (Aster novae-belgae)
- Lili siang (Hemerocalis spp.)
- Dafodil (Narcissus spp.)
- Lili (Lillium spp.)
- Bunga loceng (Geranium spp.)
- Perosak serigala (Campanula spp., Platycodon spp.)
- Titisan salji (Galanthus nivale)
Tumbuhan berkayu saka
Contoh
tumbuhan berkayu saka ialah:-
- Pokok Cempaka Putih
- Pokok Dedap
- Pokok Kasai
- Pokok Pondokarpus
- Pokok Pulai
- Pokok Tembusu
- Pokok Tulang Daing
Kitaran hidup
Tumbuhan saka
boleh hidup sementara (beberapa tahun) atau hidup lama seperti pokok kayu yang
boleh hidup sehingga lrbih dari 4,000 tahun. Ia boleh berbeza dari ketinggian
beberapa milimeter sehinggalah 100 meter tinggi. Ini termasuklah pelbagai jenis
kumpulan dari paku-pakis dan lumut hati sehinggalah tumbuhan berpangkat
tinggi seperti orkid dan rumput.
Sunday, 25 March 2012
PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN TANAMAN DALAM PASU
MEWUJUDKAN taman berpasu sebagai langkah mudah
untuk mendapatkan taman idaman dalam kawasan terhad. Ia mudah ditanam,
dijaga dan dialihkan terutama bagi mereka yang cepat berubah cita rasa
dan mood.
Ia seharusnya bermula dengan mengumpul beberapa set dekoratif dan pokok berbunga sebagai langkah awal membina taman berpasu ini.
PENJAGAAN RUMPUT TAMAN/HIASAN
RUMPUT, kehadirannya adalah asas permulaan sesebuah taman. Hamparan rumput yang kemas mampu membuatkan taman biasa kelihatan hebat.
Sebuah taman yang
indah sekali pun pasti kehilangan serinya apabila rumput tidak dijaga.
Penggunaan rumput hiasan penting bagi pembentukan sesebuah taman.
Menanam rumput hiasan memerlukan skima penanaman dan penjagaan rapi. Terdapat beberapa jenis rumput di Malaysia antaranya zoysia matrella, philipine grass, zoysia tenuifolia dan pearl grass.
Cara menanam rumput seperti berikut
Sediakan
kawasan penanaman dengan menggemburkan dan membersihkan tanah dari
bahan tidak diingini seperti serpihan batu, kayu dan sampah menggunakan
penggembur tanah atau cangkul.
Dapatkan aras tanah yang
sama dan rata sebulan sebelum memulakan aktiviti penanaman rumput bagi
memastikan pertumbuhannya berlangsung dalam keadaan baik dan rata.
Bahagi rumput kepada bahagian lebih kecil dan cuba dapatkan akar yang tidak berserabut.
Mulakan
kerja menanam dengan jarak 20 sentimeter setiap satu kepingan. Semakin
jauh jarak semakin lambat proses penyebaran pertumbuhan rumput.
Siram air sebaik kerja penanaman selesai dan teruskan menyiram sekerap yang mungkin bagi bulan pertama.
Cuba elak memijak rumput yang baru ditanam dalam tempoh beberapa bulan bagi mengelakkan ia mati.
Menanam rumput hiasan memerlukan skima penanaman dan penjagaan rapi. Terdapat beberapa jenis rumput di Malaysia antaranya zoysia matrella, philipine grass, zoysia tenuifolia dan pearl grass.
Cara menanam rumput seperti berikut
Tuesday, 20 March 2012
PEMILIHAN TUMBUHAN LANSKAP
SEMAKIN ramai suka menghias rumah dengan pokok
hiasan segar. Ini tabiat yang baik kerana aktiviti menanam pokok bukan
saja mampu menghilangkan tekanan, malah ia juga dapat menyemai rasa
cinta kepada alam sekitar.
Sebagai permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan cepat membesar.
Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:
Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar;
Pastikan ada banyak tunas baru;
Periksa
tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering
hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu
lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun
disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal;
Periksa adakah akarnya tertanam sempurna;
Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polibeg;
Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polibeg ke dalam pasu;
Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar;
Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah ;
Kemudian
masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang
lebih kecil mengelilinginya. Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada
bahagian akar;
Tambah tanah hingga penuh atau
sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram
-perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah;
Jangan
lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi
rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar
dan masukkan pasu asal di dalamnya; dan
Jika mahu
menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan
kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun
hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup
sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga
perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baru.
Sebagai permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan cepat membesar.
Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:
ASPEK ASAS PEMBINAAN TAMAN LASKAP
Menilai sebuah taman seperti menilai hasil seni tinggi. Bagi membantu mewujudkan taman impian, diberikan beberapa panduan asas:
Keluasan
Ia adalah asas penting bagi pembentukan sebuah taman. Warna dan tekstur
akan datang dan pergi mengikut musim tetapi apabila menentukan keluasan
dan mula membentuk taman, ia tidak mudah untuk diubah lagi.
Sentiasa perhatikan ruang dan persekitaran kediaman serta kawasan taman berdekatan untuk dijadikan panduan.
Sebuah taman herba sangat ideal bagi kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang mempunyai kawasan sangat luas.
Tekstur
Ia memberi bentuk dan kesan mendalam bagi sebuah taman. Tanaman berdaun
yang bertekstur halus seperti paku-pakis atau ati-ati pastinya
menggamit tetamu untuk mendekatinya.
Bagi menghidupkan
kombinasi di taman, tanaman berdaun runcing dan rumput hiasan adalah
cara terbaik tetapi jika terlalu banyak pokok yang mempunyai tekstur
sama, ia pasti membosankan.
Kesan bunyi
Kesan bunyi di taman antara elemen penting yang sering diabaikan. Jika ia dimasukkan dalam taman, hasilnya pasti memuaskan.
Fikirkan apa yang lebih praktikal sama ada menanam tumbuhan renek
merimbun atau membuat binaan air terjun sebagai terapi tetapi
keselamatan jangan diabaikan.
Struktur
Ia
bukan melambangkan binaan atau hiasan saja tetapi secara keseluruhan
merangkumi laluan, dinding, pokok besar, atau elemen lain yang membentuk
taman.
Struktur ini menentukan keluasan taman dan bertindak sebagai penanda arah kawasan persekitaran .
Struktur boleh juga dikategorikan sebagai hiasan pengindahan taman seperti pergola, bangku dan patung.
ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.
Warna
Faktor ini juga penting bagi mewujudkan sebuah taman yang tidak hambar.
Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan.
Fikirkan juga aspek warna pada daun, batang pokok, dan buah-buahan yang tidak bermusim selain warna pada hiasan taman.
Pencahayaan
Boleh dihasilkan secara semula jadi atau buatan. Perhatikan pergerakan
cahaya matahari. Kedudukan tanaman, struktur dan lampu mempengaruhi
pembentukan sebuah taman itu. Anda mungkin berasakan tidak perlu untuk
menyediakan lampu taman, kerana jarang ke situ pada waktu malam tetapi
sebenarnya jika mempunyai cahaya di situ ia pastinya menarik untuk
mendapatkan ketenangan.
Cuba praktikkan penggunaan
sumber cahaya dengan sepenuhnya seperti lilin, unggun api, lampu taman,
atau cahaya semula jadi seperti matahari dan bulan.
Keluasan
Sebuah taman herba sangat ideal bagi kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang mempunyai kawasan sangat luas.
Tekstur
Kesan bunyi
Struktur
ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.
Warna
Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan.
Pencahayaan
ELEMEN BATUAN MEMBERI PERANAN PENTING KEPADA LANSKAP TAMAN
BATU, elemen semula jadi yang wujud sejak dulu tidak dinafikan berperanan besar dalam kehidupan. Kini, penggunaan batu semakin meluas dan menjadi elemen hiasan penyeri taman serta landskap buatan.
Sama ada konsep Jepun atau Zen, Bali, Tropika, moden dan juga kontemporari, batu menjadi penting pelengkap kepada konsep berkenaan. Menghiasi taman menggunakan batu sudah menjadi sebagai satu ikutan masyarakat bandar.
Selain berupaya menjadikan taman cantik, batu juga adalah bahan yang tahan lama, kuat, senang diselenggarakan dan tampak lebih semula jadi. Justeru, tidak hairan jika ia penting dalam seni taman.
Batu boleh dijadikan pelbagai fungsi dalam menghias taman, selain menjadi penyudah dalam gubahan taman untuk kelihatan lebih semula jadi dan bersahaja, batu juga boleh disusun untuk membina kolam serta air terjun.
Selain itu, batu yang diletakkan dalam kolam pula boleh menyejukkan air sekali gus menenangkan mata memandang. Terdapat pelbagai saiz batu boleh digunakan, bergantung saiz taman yang ingin dicipta pemiliknya.
Ada pelbagai jenis batu sungai semula jadi, buatan daripada simen ferro atau batu yang berasal dari gunung berapi boleh digunakan untuk taman. Namun, ada juga batu boleh diperoleh secara percuma di sekitar rumah.
Terdapat juga bahan ornamen atau hiasan taman yang diukir daripada batu untuk menyerikan taman seperti set kerusi taman, pasu atau bekas tanaman, ukiran atau arca batu dan tidak ketinggalan juga jubin hiasan dinding kolam serta kediaman.
Batu dengan sifatnya yang kuat, teguh, serta tahan lama akan terus kekal popular sebagai elemen hiasan taman sejak dulu hingga sekarang dan pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan idea mengenai kaedah hiasan taman, boleh berkunjung ke pusat tanaman yang menyediakan contoh taman dengan elemen batu untuk diaplikasikan sendiri di rumah atau mengupah pakar melakukannya.
LANSKAP TAMAN MEMBERI KETENANGAN JIWA DAN MINDA
Laman lanskap yang menenangkan jiwa dan minda |
LAMAN di kawasan kediaman seharusnya menjadi
kawasan terapi dan pemulihan yang terbaik bagi setiap pemilik kediaman.
Oleh itu, pembentukan ruang harus diberi perhatian teliti kerana ia
sangat mempengaruhi penggunanya.
Mereka bentuk ruang terapi memerlukan sensitiviti pereka terhadap keperluan pengguna. Ruang berkenaan seharusnya mampu memberikan ketenangan kepada mereka yang inginkan ketenangan.
Bagi mewujudkan laman yang boleh digunakan untuk bermeditasi ataupun melupakan tekanan untuk mereka yang menghabiskan banyak masa di pejabat, satu ruang terlindung dan perabot taman bersesuaian boleh diwujudkan di sudut laman kediaman.
Pembinaan ruang bertentangan sifat iaitu aktif dan pasif sangat sesuai bagi mereka yang menjalani program terapi fizikal. Tujuan memisahkan kedua-dua ruang berkenaan untuk memenuhi keperluan sangat perlu.
Ruang di laman terapi juga harus berdasarkan objektif pembentukan laman. Mewujudkan air pancutan atau tanaman menarik pelbagai warna adalah hadiah istimewa bagi mereka yang memerlukan terapi.
Selain itu, mewujudkan ruang yang mempunyai persamaan dengan tempat lain pernah dilawati mampu merangsang minda kanak-kanak sekali gus meningkatkan keupayaan kemahiran mengingat mereka.
Sentiasa pastikan kita memahami jenis ruang yang mampu memberikan impak positif kerana ia akan membantu pembentukan laman terapi terutama kawasan kediaman di bandar besar.
Apabila mereka bentuk ruang, jadikan ia sesuatu yang boleh diekplorasi dengan sedikit elemen misteri tetapi tidak keterlaluan kerana dikhuatiri menjadikan laman tidak mesra dan sukar difahami.
Kesimpulannya, kaedah terbaik mereka bentuk ruang di laman terapi adalah memahami bagaimana seseorang itu akan bergerak dari satu ruang ke ruang lain dan berupaya menjadi terapi bagi mental dan fizikal setiap penggunanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)